Wednesday, May 21, 2008

Ayam Masak Cendawan Ala Cina

Ayam Masak Cendawan Ala Cina

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam
1/2 jam 1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kacau.
Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).

No comments:

Teh O

Teh O

Coffee Latte

Coffee Latte

Air kelapa

Air kelapa

strawberry cake

strawberry cake

ice-cream cake

ice-cream cake

Cake

Cake