Sotong Goreng Celup Tepung
Bahan-bahan:
5 ekor sotong yang besar [dibersihkan, dan dipotong-potong serta toskan airnya].
Bahan-bahan tepung:
2 cawan tepung beras
sedikit kapur makan [kapur sirih]
sedikit garam
sedikit baking powder [jika suka]
sebiji telur [jika suka]
Minyak untuk memasak [perlu banyak untuk menenggelamkan sotong tersebut, seperti membuat goreng pisang] .
Cara-caranya:
1. Tepung beras dicampurkan dengan garam, kapur sirih, baking powder, telur dan uli dengan sedikit air sehingga menjadi doh [seperti hendak membuat biskut].
2.Tutupkan doh di dalam bekas uli tadi sebentar dengan kain atau tuala kecil yang lembab. Biarkan selama setengah jam.
3. Selepas itu, uli doh tersebut seperti membuat roti dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya menjadi lebih cair dan sesuai untuk dicelup dengan sotong [juga sesuai untuk dibuat goreng pisang]
4. Pastikan minyak masak betul-betul panas.
5. Celupkan sotong yang sudah 'kering' itu dan masukkan ke dalam minyak panas.
6. Gorenglah seperti biasa. Bila tepung kelihatan sudah kekuningan, barulah diangkat.
7. Hidanglah bersama sos cili.
Thursday, May 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Teh O
Coffee Latte
Air kelapa
strawberry cake
ice-cream cake
Cake
No comments:
Post a Comment