Wednesday, May 21, 2008

Soto Ayam

Soto Ayam

Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut
rempah ratus (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)

Cara memasak:
Semua bahan A hendaklah direbus
Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan garam, ajinomoto, gula sikit.

Bahan B
10 biji bawang merah

Cara memasak:
Bawang ni di goreng dengan minyak (minyak yang belum digunakan)
Bila dah kuning tuangkan bawang dan minyak tu ke dalam sup yang dah masak.
Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

Bahan c
Daun sup dan daun Bawang di potong dan masukkan dalam sup tu.

Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 biji cili api
2 biji limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

Cara:
Tumbuk cili dan bawang putih.
Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
Sedia untuk dimakan .

No comments:

Teh O

Teh O

Coffee Latte

Coffee Latte

Air kelapa

Air kelapa

strawberry cake

strawberry cake

ice-cream cake

ice-cream cake

Cake

Cake